Isnin, 24 Jun 2013

'SDR RAZAK BERSEMANGAT KENTAL'


Seorang lagi pemain golf Iranun yang tidak asing lagi ialah Sdr Razak Rakunman, beliau adalah antara yang terawal menceburkan diri dalam dunia sukan ini. Kehebatan beliau dalam dunia golf ini menyebabkan beberapa pemain Iranun seperti Sdr Zainal Abidin Ahmad, Sdr Maludin Hj Idris, Sdr Adman Hj Salleh, Sdr Adnan Hj Ujud dan berepa nama yang saya tidak ingat telah melibatkan diri ketika Padang Golf Kg. Tamau dibuka.

Beliau telah memberi perangsang kepada rakan-rakan di atas, namun rakan-rakan tersebut ada yang sudah meninggalkan dunia sukan ini, dan ada juga yang sekali sekala menyertai pelbagai tournament.

Sdr Razak adalah pemain yang berdisiplin, dan tidak emosi, beliau selalu juga menghadapi masalah ketika berada di tengah padang, namun kekuatan mentalnya menjadikan beliau berjaya mengawal emosi.

Beliau merupakan bekas Pegawai Perhutanan Keningau, Sandakan dan selepas itu berhenti kerja untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaa.

Sekarang ini beliau sedang menguruskan Restoran Citarasa Maya, Kota Belud. Kepada semua rakan dalam persatuan ini boleh berkunjung ke restoran tersebut.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan