Rabu, 26 Jun 2013

'ABANG LONG YANG KUAT'



Nama timangannya, kami panggil 'abang long', sebabya dialah lebih senior berbanding dengan kami. Nama sebenarnya ialah Andaman bin Hj Mansaded, lahir di Kg. Inderason, Kudat dan menetap di Kota Belud. Dia juga mula menceburkan dalam sukan golf bermula tahun 2007 dan juga adalah antara pemain yang cepat meningkat, namun dia juga tidak konsisten dan sering menghadapi masalah. 

Apabila rentak permainannya terganggu, dia akan mengomel di tengah padang, di mana istilah yang sering digunakan ialah 'hilang', kami pun menggunakan istilah itu apabila permainan sudah huru-hara, kami akan kata 'abang long sudah hilang'. Dia adalah pemain yang hebat dan banyak kali memenangi kejuaraan, sering mengikuti sebarang terbuka termasuklah Sandakan, Tawau dan kawasan Kota Kinabalu.

Yang menarik dengan dia ni, macam mana pun dia menghadapi kesukaran, dia tetap sabar. Dia banyak membina rangkaian melalui dunia sukan golf, ramai teman-temannya di seluruh Sabah. Dia 'handsome' dan ramai peminat, dia juga boleh mendendangkan pelbagai lagu klasik dan suaranya mengancam.

Kehebatannya di tengah padang, boleh mengecutkan lawan terutama kami, saya gelar dia juga sebagai orang kuat 'urat dawai, tulang besi', 'dibakar tidak hangus, direndam tidak basah'. Pukulannya sentiasa kuat, tetapi sering tersasar.

Sekarang ini, dia sudah berhijrah ke Kuala Lumpur dan meninggalkan Sabah terutama kami adik-adiknya demi untuk masa depan dia kata. Semoga dia BERJAYA.

'PRO YANG HILANG, KEMBALI BERAKSI'


Pro ini sudah lama meninggalkan sukan golf, namun kali ini dia telah beraksi semula dengan hebat sekali. Beliau ialah Sdr Rosmin Kasan, orang tenang, tabah serta cekal. Baru-baru ini ketika tournament di Mimpian Jadi Golf, beliau antara yang memenangi hadiah berpasangan. Walaupun sudah agak lama meninggalkan dunia sukan golf, namun cinta dan minat telah membawa beliau kembali ke dunia sukan ini.

Pada masa ini beliau amat aktif dengan sukan ini, beliau selalu bersama dengan Sh. Asmawan Sh. Doki rakan seperjuangan beliau. Sdr Rosmin pemain yang tidak emosi, beliau sentiasa mengawal permainan walaupun permainannya mengalami kesukaran.

Senyuman adalah senjata utama beliau untuk memujuk permainannya, bahkan senyuman beliau boleh juga mengugat pihak-pihak tertentu.

Beliau sentiasa bersikap positif, sabar menghadapi pelbagai cabaran, semoga beliau akan sentiasa cemerlang dalam sukan golf ini.

Isnin, 24 Jun 2013

DRC TOURNAMENT TELAH DITUNDA

Salam semua rakan-rakan golf, sebagai makluman bahawa tournament Datu Rosmadi Cup (DRC) telah ditunda ke suatu tarikh yang akan ditentukan nanti. Kesulitan ini berlaku kerana beliau akan ke luar negara atas urusan penting.

Sekiranya ada cadangan untuk tournament pada hari tersebut, akan dipertimbangkan bagi menggantikan tournament DRC itu. 

Saya telah menghubungi beliau, dan beliau mohon ditunda sehinggalah beliau akan maklumkan nanti bila sudah bersedia.

Sebarang maklumat dan perkembangan akan dimaklumkan dalam blog ini atau laman facebook saya atau pun sms dari saya.

Segala kesulitan adalah amat dikesali dan mohon kemaafan kepada rakan-rakan golf semua.

Terima kasih.

'SDR RAZAK BERSEMANGAT KENTAL'


Seorang lagi pemain golf Iranun yang tidak asing lagi ialah Sdr Razak Rakunman, beliau adalah antara yang terawal menceburkan diri dalam dunia sukan ini. Kehebatan beliau dalam dunia golf ini menyebabkan beberapa pemain Iranun seperti Sdr Zainal Abidin Ahmad, Sdr Maludin Hj Idris, Sdr Adman Hj Salleh, Sdr Adnan Hj Ujud dan berepa nama yang saya tidak ingat telah melibatkan diri ketika Padang Golf Kg. Tamau dibuka.

Beliau telah memberi perangsang kepada rakan-rakan di atas, namun rakan-rakan tersebut ada yang sudah meninggalkan dunia sukan ini, dan ada juga yang sekali sekala menyertai pelbagai tournament.

Sdr Razak adalah pemain yang berdisiplin, dan tidak emosi, beliau selalu juga menghadapi masalah ketika berada di tengah padang, namun kekuatan mentalnya menjadikan beliau berjaya mengawal emosi.

Beliau merupakan bekas Pegawai Perhutanan Keningau, Sandakan dan selepas itu berhenti kerja untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaa.

Sekarang ini beliau sedang menguruskan Restoran Citarasa Maya, Kota Belud. Kepada semua rakan dalam persatuan ini boleh berkunjung ke restoran tersebut.



Ahad, 23 Jun 2013

PERTARUNGAN SENGIT DI PETANG JUMAAT

Pertarungan sengit ini berlaku pada 20 Jun 2013, di Mimpian Jadi Golf Tuaran. Antara yang terlibat ialah Sdr Tadzul Radim, Sdr Abd Manan Ekong, Sdr Abdullah Otong dan saya sendiri. Kami memulakan perlawanan di tee box 1, dan Abdullah Otong memulakannya, diikuti oleh saya sendiri, Tadzul Radim dan Abd Manan Ekong, semua pukulan baik hanya Sdr Abd Manan tersasar dan beliau terpaksa mengawal permainannya sepanjang perlawanan itu, beliau kurang menyerlah pada hari itu.

Pada perlawanan 9 lubang pertama ini, Sdr Tadzul agak menyerlah pada 7 lubang berturut dengan pukulan 2 bogey dan 5 par, namun beliau juga mengalami kesukaran ketika di lubang 8 dan 9 dengan 2 double bogey dan beliau mendapat 42 pukulan pada 9 lubang pertama. Pada 9 lubang kedua Sdr Tadzul juga agak kurang menyerlah tetapi dapat mengawal permainannya walaupun beliau agak kecewa kerana beliau mendapat 2 par, 6 bogey dan 1 double bogey dan mendapat 44 pukulan dengan jumlah keseluruhan 86 pukulan Gross.

Sdr Abdullah musuh tradisi saya di tengah padang, telah memulakan permainan beliau agak kurang baik. Beliau telah melakukan kesilapan ketika di hadapan green, di mana short game beliau tersasar dan terpaksa bermain double bogey pada lubang pertama. Selain itu beliau juga mendapat double bogey ketika di lubang 2 dan 8. Permainan beliau agak suram, pada lubang 2 beliau telah melakukan kesilapan ketika membuat pukulan di dalam bunker. Sdr Abdullah banyak menghadapi kesukaran semasa short game dan beliau memperoleh 3 par, 3 bogey dan 3 double bogey dengan 45 pukulan. Pada 9 lubang kedua beliau lebih menyerlah, hanya pada lubang ke 13 beliau melakukan kesilapan semasa di atas green dengan double bogey. Beliau mendapat 4 par, 4 bogey, 1 double bogey dan mendapat 42 pukulan dengan jumlah keseluruhan 87 pukulan Gross.

Dalam perlawanan ini saya juga telah melakukan kesilapan pada lubang ke 3 dan 4, masing-masing double bogey. Luabng ke 3, saya melakukan kesilapan ketika second short dan short game, manakala di lubang ke 4, pukulan pertama saya tersasar ke dalam kolam sebelah kiri. Saya dihukum dengan 2 double bogey berturut-turut. Walaupun begitu permainan saya pada 9 lubang pertama ini amat memuaskan dengan mendapat 1 birde, 3 par, 3 bogey dan 2 double bogey dengan 42 pukulan Gross. Begitu juga pada 9 lubang kedua, saya dihadiahkan dengan 2 double bogey pada lubang 15 dan 18, atas kesilapan short game. Namun saya tetap dapat mengawal permainan saya dengan 1 birde, 3 par, 3 bogey dan 2 double bogey dengan 42 pukulan Gross dan secara keseluruhan saya mendapat 84 pukulan Gross.

Sdr Abd Manan banyak mengalami kesukaran untuk mengawal permainannya, sebagai orang baru beliau berpotensi untuk menyerlah pada masa akan datang. Sepanjang bermain dengan beliau ini, dia kelihatan ada peningkatan. Pada hari itu dia mengalami kesukaran mengawal driver dan short gamenya, termasuklah ketika di atas green, tapi beliau tidak emosi dan meneruskan permainan seperti sediakala. Pada 9 lubang pertama dia mendapat 50 pukulan Gross dan 9 lubang kedua mendapat 49 pukulan Gross dengan jumlah 99 pukulan Gross.

Di bawah ini adalah keputusan keseluruhan perlawanan yang sengit dan penuh emosi.

PLAYER’S NAME
HOLE NO/PAR
GRS/
72 PAR
H/C
NET
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
4
3
5
4
4
4
3
4
5
4
3
4
5
4
3
5
4
4
MILUS HJ ABD WAHAB
5
3
7
6
3
5
3
5
5
5
2
5
5
4
5
5
5
6
84
15
69
ABDULLAH OTONG

6
5
6
4
5
5
3
6
5
4
4
4
7
5
4
5
5
4
87
22
65
TADZUL RADIM

5
3
5
5
4
4
3
6
7
5
4
5
5
6
4
6
4
5
86
20
66
ABD MANAN EKONG

9
6
5
7
5
5
2
5
6
4
4
6
6
6
4
6
5
8
99
24
75


·         Rekod akan disimpan sebagai rujukan akan datang untuk sebarang perlawanan.

Rabu, 19 Jun 2013

DISIPLIN, TABAH, SABAR DAN BERSTRATEGI...

\

Pemain yang berdisiplin bila berada di tengah padang, dan boleh mengawal emosi dengan baik. Beliau seringkali memenangi pertandingan dan ada saja nombor beliau. Pemain ini bernama Sdr Tadzul Radim berasal dari Kg. Ramapayan Laut, KB. 

Penglibatan beliau dalam permainan golf ini lebih 3 tahun yang lalu, sekarang ini sedang meningkat dan kerap kali mengikuti Tournament Monthly Medal di Kelab Golf Kudat.

Bermain dengan beliau mestilah senyap dan beliau jarang bercakap atau bising di tengah padang. Beliau  berharap hujung tahun ini beliau akan menang perlawanan akhir tahun.

PRO YANG SEDANG MENINGKAT

Foto

Dia adalah pemain yang sedang meningkat dalam sukan golf  di kalangan pemain Iranun,  dan peningkatannya amat baik dan beberapa kali telah memenangi tournament terutama Monthly Medal di Kelab Golf Kudat. Namanya Sh Abdul Kasap Sh Ekang berasal dari Kg. Pantai Emas, dan sekarang menetap di Kg. Tamau, dia juga bakal usahawan kambing.

Dalam kehebatannya ada juga kelemahan, pada masa ini permainannya turun naik, kadang dia pro dan kadang dia juga menghadapi masalah untuk konsisten. Ketika kami mula-mula menjinakkan diri dalam sukan golf, dia terlalu emosi dan selalu menghempas ironnya, tapi sekarang dia berdisiplin sudah.

Dia bercita-cita hujung tahun ini, dia akan memenangi kejuaraan berganda MATINDU KU MATINDU. Hadiah untuk kejuaraan amat menarik, dia akan bersaing dengan pemain veteran yang hebat juga dan beberapa pemain lain.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai sebarang tournament yang akan dianjurkan nanti.

TOKOH PEMAIN GOLF 'APUAN' IRANUN

Gambar: Rasa dulu kehebatan Harbalife, kata sumandak K'gau ini saketika di Kugcc...

Namanya tidak asing lagi dalam dunia golf terutama di Sabah, apa lagi dalam kalangan Iranun dia memang hebat itu sebabnya kami panggil dia 'APUAN'. Tapi dia selalu kalah juga walau pun dia main 36 36...tapi handicapnya menyebabkannya kalah oleh pemain yang handicapnya 24.

Namun dia tetap tabah, ada masa dia juga yang pulun semua hadiah, kami tinggal gigit jari saja. Gambar sebelah dia tu saya tak tahulah siapa itu, mungkin kenalan biasa dia saja.

Tournament akan datang pasti pertarungan bertambah hebat, kerana markah akan di kumpul untuk juara akhir tahun dengan hadiah istimewa pada Tournament Matindu ku Matindu.

Selasa, 18 Jun 2013

PEMAIN BARU YANG TURUT MENCABAR



Hashim Datu Skil merupakan pemain baru dengan penampilan Set Golf Tylormade yang baru saja  dibeli. Harapan pertarungan akan datang tiada lagi alasan kenapa mainan tidak menjadi, sebab ada set golf yang baru. Tingkatkan kemahiran anda supaya tidak lagi sentiasa berada di belakang, pemain ini juga akan memohon menjadi ahli Kelab golf Kudat.

Tahniah kepada semua ahli golf ini yang berusaha meninngkatkan diri..




TIGER WOODS YANG HEBAT DAN MENCABAR

Tiger Woods didn't have it on the greens at Merion in 2013. (USATSI)

Tiger Woods, gagal meraih kemenangan dalam US Open...namun dia tetap yang terbaik setakat ini, dial telah membuktikan bahawa no. 1 adalah dia. Dia bakal mencipta sejarah dalam sukan golf yang hebat walau pun dilanda pelbagai masalah, namun kekuatan mentalnya menjadikan dia lebih mencabar ketika di tengah padang dan juga di atas green.

Khamis, 13 Jun 2013

'TOURNAMENT DATU ROSMDI CUP'

Salam hormat kepada semua ahli,

Tournament yang terdekat ialah 'Datu Rosmadi Cup' dan akan berlangsung pada 30 Jun 2013, dan Tee off bermula jam 9.00 pagi. Tournament ini akan diadakan di Mimpian Jadi Golf, Tuaran. Oleh itu, target penyertaan yang disasarkan tidak kurang 20 orang pemain. Mohon semua ahli dapat menyertai tournament ini, dan kepada rakan-rakan pemain golf yang berminat menyertainya amatlah dialu-lakukan dan seterusnya boleh menjadi ahli.

Sistem pertandingan ini terbahagi kepada dua iaitu;

1. Berpasangan, di mana pasangan akan ditentukan selepas perlawanan melalui undian.
2. Individu yang terbaik Gross dan Nett juga masing-masing akan mendapat hadiah.

Bayaran RM30.00 adalah untuk yuran makan, hadiah dan derma untuk persatuan kumpulan ini, manakala 'green pay' adalah tanggungan masing-masing.

Sebarang perubahan tarikh dan masa akan dimaklumkan nanti seminggu sebelum berlangsungnya tournament ini, melalui laman web ini.

Selalulah melayari laman ini untuk mendapatkan info semasa.

 Terima kasih. 

Selasa, 11 Jun 2013

JAWATANKUASA SEMENTARA BAGI KUMPULAN INI

SENARAI JAWATANKUASA SEMENTARA
JAWATAN

NAMA

PENGERUSI           
 Sdr. Milus Hj Abd Wahab
TIM. PENGERUSI
 Sdr. Tadzul Radim
NAIB PENGERUSI 1
 Sdr. Datu Matlan Hj Datu Unjong
NAIB PENGERUSI 2
 Sdr. Rosmin Kasan
NAIB PENGERUSI 3
 Sdr. Datu Goldah Hj Datu Kerih
SETIAUSAHA         
 Sdr. Sh Abd Kasap Hj Sh Ekang
PEN. SETIAUSAHA
 Sdr. Datu Abd. Manaf Hj Datu Unjong
BENDAHARI          
 Sdr. Mohd. Hashim Datu Skil
AJK BIASA                             

 Sdr. Andaman Hj Mansaded
 Sdr. Razlee Degam
 Sdr. Abd Manan Ekong
 Sdr. Abdullah Otong
 Sdr. Hj Mustapha Hj Sakmud
 Sdr. Asnawi Lamsin
 Sdr. Razak Hj Rakunman
 Sdr. Mohd San Zainal


*Sebarang cadangan untuk penambahbaikan adalaH amat dialu-alukan. Cadangan anda boleh dibuat dalam ruangan KOMEN.

JADUAL TOURNAMENT SEPANJANG TAHUN 2013

Semua Ahli mestilah merujuk kepada jadual yang disediakan untuk sebarangan pertandingan yang akan diadakan.

Jadual ini juga tertakluk kepada keadaan semasa yang akan diurus oleh pihak penganjur.

JADUAL TOURNAMENT
TARIKH
STATUS TOURNMENT
TEMPAT
KELAYAKAN
CATATAN
5 JUN 2013
SANTAI TOURNMENT
MIMPIAN JADI GOLF
11 ORANG PESERTA
YURAN RM30.00, YURAN AHLI RM10.00
30 JUN 2013
DATU ROSMADI CUP
MIMPIAN JADI GOLF
SEMUA AHLI
YURAN RM30.00, DERMA RM10.00
HADIAH WANG TUNAI DISEDIAKAN
6 JULAI 2013
MASTER PLAYERS
KELAB GOLF KUDAT
SEMUA AHLI
YURAN RM30.00 DERMA RM10.00
HADIAH WANG TUNAI DISEDIAKAN
25 OGOS 2013
PAGISA TOURNAMENT
DALIT BAY GOLF
OPEN
YURAN RM250 HADIAH WANG TUNAI DISEDIAKAN
21 SEPTEMBER 2013
YM DATU JAMIGUL CHARITY
MIMPIAN JADI GOLF
SEMUA AHLI
YURAN RM30.00 DERMA RM10.00 HADIAH WANG TUNAI DISEDIAKAN
5 OKTOBER 2013
KABUGATAN TOURNMENT
SABAH GOLF COUNTRY CLUB
SEMUA AHLI
YURAN RM30.00 DERMA RM10.00 HADIAH WANG TUNAI DISEDIAKAN
26 OKTOBER 2013
RAJA ISMAIL OF IRANUN TOURNAMENT
MIMPIAN JADI GOLF
SEMUA AHLI
YURAN RM30.00 DERMA RM10.00 HADIAH WANG TUNAI DISEDIAKAN
23 NOVEMBER 2013
PELAUG-LAUG TOURNMENT
KELAB GOLF MIRI
SEMUA AHLI
YURAN RM30.00 DERMA RM10.00 HADIAH WANG TUNAI DISEDIAKAN
14 DISEMBER 2013
BANTUGEN TOURNMENT
KELAB GOLF KUDAT
SEMUA AHLI
YURAN RM30.00 DERMA RM10.00 HADIAH WANG TUNAI DISEDIAKAN
29 DISEMBER 2013
MATINDU KU MATINDU
DALIT BAY GOLF
RANKING PEMENANG 1 – 5 SETIAP TOURNMENT DISERTAI NETT
YURAN RM30.00 DERMA RM10.00 HADIAH WANG TUNAI DISEDIAKAN

*Tournament akan diadakan mengikut kesesuaian.