Rabu, 14 Ogos 2013

BERTARUNG SELEPAS SEBULAN BERCUTI DI DALIT BAY GOLF




Setelah berehat sebulan sempena bulan Ramadhan, para ahli persatuan telah memulakan pertarungan pertama di Dalit Bay Golf pada 10 Ogos 2013. Pertarungan ini disertai oleh 11 orang pemain yang berkelapangan pada masa itu. Antara pemain yang terlibat ialah;






  1. Sdr. Razak Rakunman
  2. Sdr. Datu Goldah Hj Datu Kerih
  3. Sdr. Milus Hj. Abd. Wahab
  4. Sdr. Andaman Mansaded
  5. Sdr. Sh. Abd. Kasap Sh. Ekang
  6. Sdr. Razlee Degam
  7. Sdr. Datu Abd. Manaf Hj Datu Unjong
  8. Sdr. Abdullah Otong
  9. Sdr. Mohd. Hashim Datu Skil
  10. Sdr. Mohd. Jaidi Masduki
  11. Sdr. Abd. Manan Ekong

Pertarungan juga amat sengit, namun hampir semua pemain merasa dukacita kerana corak permainan masing-masing kurang baik, hanya Datu Goldah sahaja yang bermain dengan baik. Selepas perlawanan ramai pemain terus meninggalkan rakan-rakan kerana amat kecewa terutama Datu Abd. Manaf Datu Unjong.


Para pemain ketika itu masing-masing membawa kuih raya untuk dikongsi bersama, Sdr. Razak membawa 15 biji buah kelapa dan kuih 'amik'. Kerana ramai yang balik awal, maka buah kelapa tersebut dibawa balik oleh Sdr. Razak.

Oleh itu, pihak persatuan juga mengucapkan 'SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan