Nama timangannya, kami panggil 'abang long', sebabya dialah lebih senior berbanding dengan kami. Nama sebenarnya ialah Andaman bin Hj Mansaded, lahir di Kg. Inderason, Kudat dan menetap di Kota Belud. Dia juga mula menceburkan dalam sukan golf bermula tahun 2007 dan juga adalah antara pemain yang cepat meningkat, namun dia juga tidak konsisten dan sering menghadapi masalah.
Apabila rentak permainannya terganggu, dia akan mengomel di tengah padang, di mana istilah yang sering digunakan ialah 'hilang', kami pun menggunakan istilah itu apabila permainan sudah huru-hara, kami akan kata 'abang long sudah hilang'. Dia adalah pemain yang hebat dan banyak kali memenangi kejuaraan, sering mengikuti sebarang terbuka termasuklah Sandakan, Tawau dan kawasan Kota Kinabalu.
Yang menarik dengan dia ni, macam mana pun dia menghadapi kesukaran, dia tetap sabar. Dia banyak membina rangkaian melalui dunia sukan golf, ramai teman-temannya di seluruh Sabah. Dia 'handsome' dan ramai peminat, dia juga boleh mendendangkan pelbagai lagu klasik dan suaranya mengancam.
Kehebatannya di tengah padang, boleh mengecutkan lawan terutama kami, saya gelar dia juga sebagai orang kuat 'urat dawai, tulang besi', 'dibakar tidak hangus, direndam tidak basah'. Pukulannya sentiasa kuat, tetapi sering tersasar.
Sekarang ini, dia sudah berhijrah ke Kuala Lumpur dan meninggalkan Sabah terutama kami adik-adiknya demi untuk masa depan dia kata. Semoga dia BERJAYA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan