Rabu, 26 Jun 2013

'PRO YANG HILANG, KEMBALI BERAKSI'


Pro ini sudah lama meninggalkan sukan golf, namun kali ini dia telah beraksi semula dengan hebat sekali. Beliau ialah Sdr Rosmin Kasan, orang tenang, tabah serta cekal. Baru-baru ini ketika tournament di Mimpian Jadi Golf, beliau antara yang memenangi hadiah berpasangan. Walaupun sudah agak lama meninggalkan dunia sukan golf, namun cinta dan minat telah membawa beliau kembali ke dunia sukan ini.

Pada masa ini beliau amat aktif dengan sukan ini, beliau selalu bersama dengan Sh. Asmawan Sh. Doki rakan seperjuangan beliau. Sdr Rosmin pemain yang tidak emosi, beliau sentiasa mengawal permainan walaupun permainannya mengalami kesukaran.

Senyuman adalah senjata utama beliau untuk memujuk permainannya, bahkan senyuman beliau boleh juga mengugat pihak-pihak tertentu.

Beliau sentiasa bersikap positif, sabar menghadapi pelbagai cabaran, semoga beliau akan sentiasa cemerlang dalam sukan golf ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan