Ahad, 23 Jun 2013

PERTARUNGAN SENGIT DI PETANG JUMAAT

Pertarungan sengit ini berlaku pada 20 Jun 2013, di Mimpian Jadi Golf Tuaran. Antara yang terlibat ialah Sdr Tadzul Radim, Sdr Abd Manan Ekong, Sdr Abdullah Otong dan saya sendiri. Kami memulakan perlawanan di tee box 1, dan Abdullah Otong memulakannya, diikuti oleh saya sendiri, Tadzul Radim dan Abd Manan Ekong, semua pukulan baik hanya Sdr Abd Manan tersasar dan beliau terpaksa mengawal permainannya sepanjang perlawanan itu, beliau kurang menyerlah pada hari itu.

Pada perlawanan 9 lubang pertama ini, Sdr Tadzul agak menyerlah pada 7 lubang berturut dengan pukulan 2 bogey dan 5 par, namun beliau juga mengalami kesukaran ketika di lubang 8 dan 9 dengan 2 double bogey dan beliau mendapat 42 pukulan pada 9 lubang pertama. Pada 9 lubang kedua Sdr Tadzul juga agak kurang menyerlah tetapi dapat mengawal permainannya walaupun beliau agak kecewa kerana beliau mendapat 2 par, 6 bogey dan 1 double bogey dan mendapat 44 pukulan dengan jumlah keseluruhan 86 pukulan Gross.

Sdr Abdullah musuh tradisi saya di tengah padang, telah memulakan permainan beliau agak kurang baik. Beliau telah melakukan kesilapan ketika di hadapan green, di mana short game beliau tersasar dan terpaksa bermain double bogey pada lubang pertama. Selain itu beliau juga mendapat double bogey ketika di lubang 2 dan 8. Permainan beliau agak suram, pada lubang 2 beliau telah melakukan kesilapan ketika membuat pukulan di dalam bunker. Sdr Abdullah banyak menghadapi kesukaran semasa short game dan beliau memperoleh 3 par, 3 bogey dan 3 double bogey dengan 45 pukulan. Pada 9 lubang kedua beliau lebih menyerlah, hanya pada lubang ke 13 beliau melakukan kesilapan semasa di atas green dengan double bogey. Beliau mendapat 4 par, 4 bogey, 1 double bogey dan mendapat 42 pukulan dengan jumlah keseluruhan 87 pukulan Gross.

Dalam perlawanan ini saya juga telah melakukan kesilapan pada lubang ke 3 dan 4, masing-masing double bogey. Luabng ke 3, saya melakukan kesilapan ketika second short dan short game, manakala di lubang ke 4, pukulan pertama saya tersasar ke dalam kolam sebelah kiri. Saya dihukum dengan 2 double bogey berturut-turut. Walaupun begitu permainan saya pada 9 lubang pertama ini amat memuaskan dengan mendapat 1 birde, 3 par, 3 bogey dan 2 double bogey dengan 42 pukulan Gross. Begitu juga pada 9 lubang kedua, saya dihadiahkan dengan 2 double bogey pada lubang 15 dan 18, atas kesilapan short game. Namun saya tetap dapat mengawal permainan saya dengan 1 birde, 3 par, 3 bogey dan 2 double bogey dengan 42 pukulan Gross dan secara keseluruhan saya mendapat 84 pukulan Gross.

Sdr Abd Manan banyak mengalami kesukaran untuk mengawal permainannya, sebagai orang baru beliau berpotensi untuk menyerlah pada masa akan datang. Sepanjang bermain dengan beliau ini, dia kelihatan ada peningkatan. Pada hari itu dia mengalami kesukaran mengawal driver dan short gamenya, termasuklah ketika di atas green, tapi beliau tidak emosi dan meneruskan permainan seperti sediakala. Pada 9 lubang pertama dia mendapat 50 pukulan Gross dan 9 lubang kedua mendapat 49 pukulan Gross dengan jumlah 99 pukulan Gross.

Di bawah ini adalah keputusan keseluruhan perlawanan yang sengit dan penuh emosi.

PLAYER’S NAME
HOLE NO/PAR
GRS/
72 PAR
H/C
NET
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
4
3
5
4
4
4
3
4
5
4
3
4
5
4
3
5
4
4
MILUS HJ ABD WAHAB
5
3
7
6
3
5
3
5
5
5
2
5
5
4
5
5
5
6
84
15
69
ABDULLAH OTONG

6
5
6
4
5
5
3
6
5
4
4
4
7
5
4
5
5
4
87
22
65
TADZUL RADIM

5
3
5
5
4
4
3
6
7
5
4
5
5
6
4
6
4
5
86
20
66
ABD MANAN EKONG

9
6
5
7
5
5
2
5
6
4
4
6
6
6
4
6
5
8
99
24
75


·         Rekod akan disimpan sebagai rujukan akan datang untuk sebarang perlawanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan