Rabu, 16 November 2016

Iranun Papagaria Golfer Semakin Sunyi...








Semenjak dua menjak ini Iranun Papagaria Golfer (IPG) semakin dingin dan tidak lagi semeriah seperti penubuhan group ini di awalnya. Ramai pemain yang jarang turun ke padang sudah, bahkan saya mendapat beberapa maklumat ada sudah yang gantung golf set dan yang paling malang sudah menjualnya kerana hilag minat terhadap permainan ini.


Matlamat melahirkan lebih ramai pemainnya, semakin jauh ke belakang yang kekal hanyalah pemain veteran yang masih berbisa. Persoalannya IPG sudah lama tiada jelajah tournement seperti mana sebelum ini. 




Hanya beberapa kumpulan sahaja yang masih aktif turun ke padang untuk beraksi sama ada mengikuti sebarang anjuran kejohanan atau kerana melayan rakan-rakan dahulu yang sudah lama tidak bertemu atau teman-teman sepejabat dari Semenanjung yang datang ke Sabah atas urusan rasmi.


Marilah kita kembalikan kegemilangan itu yang mana mengikat kita sebagai satu warga satu bangsa satu keluarga walau berbeda wadah. 



Ayuh teman-teman kita teruskan aktiviti kita sebagai pemain golf yang boleh mewujudkan pelbagai interaksi antara kita serta rakan-rakan dari pelbagai bangsa. 





1 ulasan: