Isnin, 1 Julai 2013

MINI TOURNAMENT DI MIMPIAN JADI GOLF

Shim Dt Skil
Mohd Hashim...cekal dan berani bersaing...

Andaman atau nama timangannya 'abang long'...

Sh Abd Kasap 'pemain paling temberang' hehehe,jangan mere


Saya dengan Razak...gambar lama..

Pada 28 Jun 2013, Jumaat. Tournament Ahli telah diadakan di Mimpian Jadi Golf, Tuaran dan seramai 12 orang pemain telah berentap. Antara pemain yang terlibat ialah;
1. Sdr Razak Rakunman
2. Sdr Sh Abd Kasap Sh Ekang
3. Sdr Datu Abd Manaf Datu Unjong
4. Sdr Abd Manan Ekong
5. Sdr Asnawi Lamsin
6. Sdr Rosman Hj Adelin
7. Sdr Ladin Yusof
8. Sdr Abdullah Otong
9. Sdr Mohd Hashim Datu Skil
10. Sdr Andaman Mansaded
11. Sdr Mutalib Rajunah
12. Sdr Milus Hj Abd Wahab
Abdul Manan Hj Ekong
Abd. Manan Ekong pemain muda yang berpotensi

Para pemain memulakan permainan dengan berhati-hati. Namun ramai yang mengeluh kerana pada hole 1, ramai sudah yang memperoleh double dan triple bogey.

Abd Manan telah memberi tekanan kepada yang pemain lain apabila beliau memperoleh par berturut iaitu hole 1 dan hole 2. Saya, Abd Manan, Mohd Hashim dan Mutalib satu flight. 

Mutalib bermain dengan baik dan bersaing dengan Abd Manan. Walaupun begitu saya cuba mencari rentak permainan saya sebaik mungkin, namun saya gagal menyerlah dengan 45 pukulan berbanding Mutalib 42 pukulan. 

Di hadapan kami flight pertama Razak, Abd. Kasap, Andaman dan Asnawi. Dalam flight ini Abd Kasap lebih menyerlah mengatasi pesaing-pesaing yang lain.

Flight terakhir ialah Ladin, Abdullah, Rosman dan Abd Manaf. Dua orang pemain yang cemerlang ialah Abd Manaf dan Abdullah. Manakala Ladin dan Rosman gagal menyerlah serta tidak mampu memberikan saingan kepada Abdullah dan Abd. Manaf.


Namun semua pemain berasa kecewa kerana gagal menamatkan permainan kerana hujan turun dengan lebat, dua flight tersadai di bawah pokok  kerana tidak sanggup meneruskan permainan.

Kami meneruskan permainan walaupun hujan turun dengan lebat, sebab kami berada tiga lubang terakhir, iaitu pada hole 16, 17 dan 18.

Akhirnya mereka memutuskan perlawanan hanya mengambilkira 9 lubang terbaik sahaja. Oleh kerana permainan adalah berpasangan, maka juara pada masa itu ialah pasang Razak dan Abd Manaf, naib juara Abd Kasap dan Asnawi, dan tempat ketiga Andaman dengan Abdullah.

Tahniah kepada pemenang, dan ingat pertarungan akan berterusan pada tournament akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan