Isnin, 14 September 2015

JELAJAH IPG KE BORNEO GOLF BONGAWAN


Iranun Pagari Golf (IPG), beberapa tahun yang lalu telah mengadakan beberapa siri perlawanan dalam kalangan ahli. Antaranya pertandingan di Borneo Golf Kelab Bongawan yang disertai lebih kurang 24 pemain. Pertandingan ini juga disebut sebagai jelajah golf IPG dan turut serta dalam pertandingan ini adalah Sdr. Tadzul Radim sebagaijuara Presiden Penaja kepada persatuan ini. Kejohanan ini berlangsung dalam suasana kekeluargaan.





Sdr Safian Saluddin adalah antara pemain utama dan juara dalam kategori nett. Manakala  juara gross disandang oleh Sdr Datu Goldah dan beliau adalah pemain unggul dalam kalangan Iranun. Beliau juga dipanggil dalam kalangan IPG sebagai tokoh yang berpengalaman dalam arena sukan golf.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan