Hari Ahad yang lalu, 30 Jun 2013, seramai 10 orang ahli persatuan ini telah meredah padang Sabah Golf and Country Club. Padang SGCC ini adalah antara padang yang terkenal dengan green yang licin serta geografi fizikalnya yang berbukit bukau. Kedudukannya ini mencabar kesabaran setiap pemain agar mengawal emosi supaya tidak terheret oleh perasaan amarah sebab kekecewaan. Antara pemain yang terlibat ialah;
Gambar di Dalit... |
- Milus Hj Abd Wahab
- Razak Hj Rakunman
- Sh Abd Kasap Sh Hj Ekang
- Datu Matlan Hj Datu unjong
- Andaman Hj Mansaded
- Abdullah Otong
- Abd Manan Ekong
- Asnawi Lamsin
- Matning Rajunah
- Akmadin @ Basur Rajunah
Di awal permainan iaitu 9 lubang pertama, Sh Abd Kasap lebih menyerlah dengan 39 pukulan, namun dia gagal mengawal permainannya pada 9 lubang kedua dengan 46 pukulan. Secara keseluruhan beliau menjadi juara, dan yang lainnya bermain dengan teruk termasuk saya sendiri yang menghadapi kesukaran ketika di atas green.
Sdr Razak yang merupakan ahli di SGCC ini pun gagal bermain dengan baik, namun kami tetap akan mencuba lagi pada 6 Julai 2013, untuk 'Tournament Master Player'. Perlawan pada masa ini pastinya sengit, sebab beberapa ahli yang lain baru balik dari Pulau Labuan menyertai 'Labuan Open'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan