Pertarungan
sengit ini berlaku pada 20 Jun 2013, di Mimpian Jadi Golf Tuaran. Antara yang
terlibat ialah Sdr Tadzul Radim, Sdr Abd Manan Ekong, Sdr Abdullah Otong dan
saya sendiri. Kami memulakan perlawanan di tee box 1, dan Abdullah Otong
memulakannya, diikuti oleh saya sendiri, Tadzul Radim dan Abd Manan Ekong,
semua pukulan baik hanya Sdr Abd Manan tersasar dan beliau terpaksa mengawal
permainannya sepanjang perlawanan itu, beliau kurang menyerlah pada hari itu.
Pada
perlawanan 9 lubang pertama ini, Sdr Tadzul agak menyerlah pada 7 lubang
berturut dengan pukulan 2 bogey dan 5 par, namun beliau juga mengalami
kesukaran ketika di lubang 8 dan 9 dengan 2 double bogey dan beliau mendapat 42
pukulan pada 9 lubang pertama. Pada 9 lubang kedua Sdr Tadzul juga agak kurang
menyerlah tetapi dapat mengawal permainannya walaupun beliau agak kecewa kerana
beliau mendapat 2 par, 6 bogey dan 1 double bogey dan mendapat 44 pukulan dengan
jumlah keseluruhan 86 pukulan Gross.
Sdr
Abdullah musuh tradisi saya di tengah padang, telah memulakan permainan beliau
agak kurang baik. Beliau telah melakukan kesilapan ketika di hadapan green, di
mana short game beliau tersasar dan terpaksa bermain double bogey pada lubang
pertama. Selain itu beliau juga mendapat double bogey ketika di lubang 2 dan 8.
Permainan beliau agak suram, pada lubang 2 beliau telah melakukan kesilapan
ketika membuat pukulan di dalam bunker. Sdr Abdullah banyak menghadapi
kesukaran semasa short game dan beliau memperoleh 3 par, 3 bogey dan 3 double
bogey dengan 45 pukulan. Pada 9 lubang kedua beliau lebih menyerlah, hanya pada
lubang ke 13 beliau melakukan kesilapan semasa di atas green dengan double
bogey. Beliau mendapat 4 par, 4 bogey, 1 double bogey dan mendapat 42 pukulan
dengan jumlah keseluruhan 87 pukulan Gross.
Dalam
perlawanan ini saya juga telah melakukan kesilapan pada lubang ke 3 dan 4,
masing-masing double bogey. Luabng ke 3, saya melakukan kesilapan ketika second
short dan short game, manakala di lubang ke 4, pukulan pertama saya tersasar ke
dalam kolam sebelah kiri. Saya dihukum dengan 2 double bogey berturut-turut.
Walaupun begitu permainan saya pada 9 lubang pertama ini amat memuaskan dengan
mendapat 1 birde, 3 par, 3 bogey dan 2 double bogey dengan 42 pukulan Gross.
Begitu juga pada 9 lubang kedua, saya dihadiahkan dengan 2 double bogey pada
lubang 15 dan 18, atas kesilapan short game. Namun saya tetap dapat mengawal
permainan saya dengan 1 birde, 3 par, 3 bogey dan 2 double bogey dengan 42
pukulan Gross dan secara keseluruhan saya mendapat 84 pukulan Gross.
Sdr
Abd Manan banyak mengalami kesukaran untuk mengawal permainannya, sebagai orang
baru beliau berpotensi untuk menyerlah pada masa akan datang. Sepanjang bermain
dengan beliau ini, dia kelihatan ada peningkatan. Pada hari itu dia mengalami
kesukaran mengawal driver dan short gamenya, termasuklah ketika di atas green,
tapi beliau tidak emosi dan meneruskan permainan seperti sediakala. Pada 9
lubang pertama dia mendapat 50 pukulan Gross dan 9 lubang kedua mendapat 49
pukulan Gross dengan jumlah 99 pukulan Gross.
Di
bawah ini adalah keputusan keseluruhan perlawanan yang sengit dan penuh emosi.
PLAYER’S
NAME
|
HOLE NO/PAR
|
GRS/
72 PAR
|
H/C
|
NET
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
7
|
8
|
9
|
10
|
11
|
12
|
13
|
14
|
15
|
16
|
17
|
18
|
4
|
3
|
5
|
4
|
4
|
4
|
3
|
4
|
5
|
4
|
3
|
4
|
5
|
4
|
3
|
5
|
4
|
4
|
MILUS HJ ABD WAHAB
|
5
|
3
|
7
|
6
|
3
|
5
|
3
|
5
|
5
|
5
|
2
|
5
|
5
|
4
|
5
|
5
|
5
|
6
|
84
|
15
|
69
|
ABDULLAH OTONG
|
6
|
5
|
6
|
4
|
5
|
5
|
3
|
6
|
5
|
4
|
4
|
4
|
7
|
5
|
4
|
5
|
5
|
4
|
87
|
22
|
65
|
TADZUL RADIM
|
5
|
3
|
5
|
5
|
4
|
4
|
3
|
6
|
7
|
5
|
4
|
5
|
5
|
6
|
4
|
6
|
4
|
5
|
86
|
20
|
66
|
ABD MANAN EKONG
|
9
|
6
|
5
|
7
|
5
|
5
|
2
|
5
|
6
|
4
|
4
|
6
|
6
|
6
|
4
|
6
|
5
|
8
|
99
|
24
|
75
|
·
Rekod akan disimpan sebagai rujukan akan datang untuk
sebarang perlawanan.