Selasa, 9 Julai 2013

SENARAI AHLI PEGIS

Persatuan ini mempunyai ahli seramai 23 orang yang telah mengesahkan tentang keahlian mereka. Persatuan akan didaftarkan secepat mungkin dan akan mengadakan mesyuarat tidak lama lagi bagi menjadikan persatuan ini sah untuk mengatur pelbagai aktiviti sukan dan kemasyarakatan. Pihak persatuan juga akan melancarkan kempen keahlian terutama para pemain golf agar persatuan ini nanti dapat melahirkan pemain-pemain professional yang boleh bersaing.

Antara objektif persatuan ini ialah;

1.       Melahirkan seberapa ramai pemain yang berpotensi serta berdayasaing
2.       Membina semangat kesukanan demi negara
3.       Mewujudkan ikatan kekeluargaan dalam konteks sukan
4.       Menyedikan medan rekreasi kepada para belia yang berminat dalam sukan golf

NO. AHLI
(PEGIS)
NAMA
ALAMAT BANDAR
TARIKH
PEGIS1001
Milus bin Hj Abd Wahab
Kg. Pantai Emas, Kota Belud, Sabah
5/6/2013
PEGIS1002
Datu Goldah bin  Hj Datu Kerih
Telipok, Tuaran Sabah
5/6/2013
PEGIS1003
Datu Matlan bin Hj Datu Unjong
Taman Nikmat, Kota Belud, Sabah
5/6/2013
PEGIS1004
Datu Abd Manaf bin Hj Datu Unjong
Taman Nikmat, Kota Belud, Sabah
5/6/2013
PEGIS1005
Sh Abd Kasap bin Hj Sh Ekang
Kg. Tamau, Kota Belud, Sabah
5/6/2013
PEGIS1006
Andaman bin Hj Mansaded
Kg. Labuan, Kota Belud, Sabah
5/6/2013
PEGIS1007
Tadzul bin Radim
Kg. Kalansanan, Kota Kinabalu, Sabah
5/6/2013
PEGIS1008
Mohd Hashim bin Datu Skil
Putatan, Penampang, Sabah
5/6/2013
PEGIS1009
Rosmin bin Kasan
Kota Kinabalu, Sabah
5/6/2013
PEGIS1010
Razlee bin Degam
Kg. Sembirai, Kota Belud, Sabah
5/6/2013
PEGIS1011
Abd Manan bin Ekong
Kota Kinabalu, Sabah
5/6/2013
PEGIS1012
Abdullah bin Otong
Kota Kinabalu, Sabah
28/6/2013
PEGIS1013
Razak bin Hj Rakunman
Kg. Tamau, Kota Belud, Sabah
28/6/2013
PEGIS1014
Mutalib bin Rajunah
Kota Kinabalu, Sabah
28/6/2013
PEGIS1015
Asnawi bin Lamsin
Kg. Timbang Dayang, Kota Belud, Sabah
28/6/2013
PEGIS1016
Ladin bin Yusof
Bandar Serra, Kota Kinabalu, Sabah
28/6/2013
PEGIS1017
Rosman bin Hj Adelin
Kg. Kalansanan, Kota Kinabalu, Sabah
28/6/2013
PEGIS1018
Akmadin bin Rajunah
Kota Kinabalu, Sabah
30/6/2013
PEGIS1019
Matning bin Rajunah
Kota Kinabalu, Sabah
30/6/2013
PEGIS1020
Abd Rahman bin Osman
Kota Kinabalu, Sabah
6/7/2013
PEGIS1021
Mohd San bin Zainal
Papar, Sabah
6/7/2013
PEGIS1022
Ruslim bin Kasan
Tuaran, Sabah
6/7/2013
PEGIS1023
Sh Asmawan bin Sh Doki
Kg. Likas, Kota Kinabalu, Sabah
6/7/2013

Keahlian terbuka juga terbuka kepada suku lain yang boleh berinteraksi dengan rakan-rakan golf dalam suku Iranun. Keahlian ini tidak dibataskan kepada kaum Iranun sahaja, dan yang paling penting ialah  seseorang yang mahu jadi ahli mestilah dapat menerima situasi ini, kerana ramai ahlinya daripada suku Iranun. Ketika cetusan idea ini dilontarkan, ianya berlaku dalam lingkungan orang Iranun dan hasilnya ialah mencadangkan penubuhan ini.



Isnin, 8 Julai 2013

MASTER PLAYERS DI SGCC

Pada 6 Julai 2013, hari Sabtu telah berlangsung 'Tournament Master Players' di Sabah Golf and Country Club. Perlawanan bermula pada jam 11.30 pagi yang disertai seramai 13 orang pemain dari ahli persatuan ini. Antara pemain yang terlibat ialah;
Foto
para pemain bersantai sambil menunggu makanan yang ditempah...laparla katakan...
  1. Abd. Manan Ekong
  2. Andaman Hj Mansaded
  3. Akmadin Rajunah
  4. Abd. Rahman Osaman
  5. Abdullah Otong
  6. Asnawi Lamsin
  7. Datu Matlan Hj Datu Unjong
  8. Datu Abd. Manaf Hj Datu Unjong
  9. Mohd. San Zainal
  10. Milus Hj Abd Wahab
  11. Razak Hj Rakunman
  12. Razlee Degam
  13. Sh. Abd. Kasap Hj Sh Ekang
Perlawanan berlangsung dengan hebat, di mana setiap pemain menanamkan tekad untuk menawan padang SGCC. Perlawanan ini diadakan secara berpasangan, di mana pasangan akan ditentukan selepas permainan dan undian akan dijalankan. Pemain yang akan bermain dengan baik akan diletakkan dalam kumpulan A, dan manakala pemain yang kurang baik akan diletakkan dalam kumpulan B. Antara pemain yang terbaik dan pemenang pada hari itu mengikut kiraan nett ialah;

Foto
Razak & Razlee begitu gembira pasangan masing-masing  menang
  1. Andaman Hj Mansaded              72+86           Razlee Degam.              =158 (Johan)                  
  2. Sh. Abd. Kasap Hj Sh Ekang     80+81           Razak Rakunman.         =161 (Naib Johan)  
  3. Abdullah Otong                          77+85          Milus Hj Abd Wahab.   =162 (Ketiga)                   


Para pemenang telah menerima saguhati sebagai penghargaan atas usaha mereka menawan padang SGCC. Hampir semua pemain kurang bermain dengan baik pada hari itu. Flight telah diatur seperti berikut;

Andaman Hj Mansaded
Datu Matlan Hj Datu Unjong
Razak Hj Rakunman

Milus Hj Abd Wahab
Abd Manan Ekong
Akmadin Rajunah

Sh Abd. Kasap Hj Sh Ekang
Asnawi Lamsin
Datu Abd Manaf Hj Datu Unjong

Razlee Degam
Abd Rahman Osman
Abdullah Otong
Mohd. San Zainal

Para pemain berpuashati walaupun kecewa kerana gagal mengawal permainan dengan baik. Tekad serta semangat kental telah berupaya membawa para pemain hingga dapat menamatkan permainan pada hari itu. Tournament akan disambung selepas bulan Ramadhan berakhir. SELAMAT BERPUASA kepada semua ahli.

Isnin, 1 Julai 2013

MEREDAH PADANG SGCC

Hari Ahad yang lalu, 30 Jun 2013, seramai 10 orang ahli persatuan ini telah meredah padang Sabah Golf   and Country Club. Padang SGCC ini adalah antara padang yang terkenal dengan green yang licin serta geografi fizikalnya yang berbukit bukau. Kedudukannya ini mencabar kesabaran setiap pemain agar mengawal emosi supaya tidak terheret oleh perasaan amarah sebab kekecewaan. Antara pemain yang terlibat ialah;
Gambar di Dalit...

  1. Milus Hj Abd Wahab
  2. Razak Hj Rakunman
  3. Sh Abd Kasap Sh Hj Ekang
  4. Datu Matlan Hj Datu unjong
  5. Andaman Hj Mansaded
  6. Abdullah Otong
  7. Abd Manan Ekong
  8. Asnawi Lamsin
  9. Matning Rajunah
  10. Akmadin @ Basur Rajunah 
Di awal permainan iaitu 9 lubang pertama, Sh Abd Kasap lebih menyerlah dengan 39 pukulan, namun dia gagal mengawal permainannya pada 9 lubang kedua dengan 46 pukulan. Secara keseluruhan beliau menjadi juara, dan yang lainnya bermain dengan teruk termasuk saya sendiri yang menghadapi kesukaran ketika di atas green.

Sdr Razak yang merupakan ahli di SGCC ini pun gagal bermain dengan baik, namun kami tetap akan mencuba lagi pada 6 Julai 2013, untuk 'Tournament Master Player'. Perlawan pada masa ini pastinya sengit, sebab beberapa ahli yang lain baru balik dari Pulau Labuan menyertai 'Labuan Open'.

MINI TOURNAMENT DI MIMPIAN JADI GOLF

Shim Dt Skil
Mohd Hashim...cekal dan berani bersaing...

Andaman atau nama timangannya 'abang long'...

Sh Abd Kasap 'pemain paling temberang' hehehe,jangan mere


Saya dengan Razak...gambar lama..

Pada 28 Jun 2013, Jumaat. Tournament Ahli telah diadakan di Mimpian Jadi Golf, Tuaran dan seramai 12 orang pemain telah berentap. Antara pemain yang terlibat ialah;
1. Sdr Razak Rakunman
2. Sdr Sh Abd Kasap Sh Ekang
3. Sdr Datu Abd Manaf Datu Unjong
4. Sdr Abd Manan Ekong
5. Sdr Asnawi Lamsin
6. Sdr Rosman Hj Adelin
7. Sdr Ladin Yusof
8. Sdr Abdullah Otong
9. Sdr Mohd Hashim Datu Skil
10. Sdr Andaman Mansaded
11. Sdr Mutalib Rajunah
12. Sdr Milus Hj Abd Wahab
Abdul Manan Hj Ekong
Abd. Manan Ekong pemain muda yang berpotensi

Para pemain memulakan permainan dengan berhati-hati. Namun ramai yang mengeluh kerana pada hole 1, ramai sudah yang memperoleh double dan triple bogey.

Abd Manan telah memberi tekanan kepada yang pemain lain apabila beliau memperoleh par berturut iaitu hole 1 dan hole 2. Saya, Abd Manan, Mohd Hashim dan Mutalib satu flight. 

Mutalib bermain dengan baik dan bersaing dengan Abd Manan. Walaupun begitu saya cuba mencari rentak permainan saya sebaik mungkin, namun saya gagal menyerlah dengan 45 pukulan berbanding Mutalib 42 pukulan. 

Di hadapan kami flight pertama Razak, Abd. Kasap, Andaman dan Asnawi. Dalam flight ini Abd Kasap lebih menyerlah mengatasi pesaing-pesaing yang lain.

Flight terakhir ialah Ladin, Abdullah, Rosman dan Abd Manaf. Dua orang pemain yang cemerlang ialah Abd Manaf dan Abdullah. Manakala Ladin dan Rosman gagal menyerlah serta tidak mampu memberikan saingan kepada Abdullah dan Abd. Manaf.


Namun semua pemain berasa kecewa kerana gagal menamatkan permainan kerana hujan turun dengan lebat, dua flight tersadai di bawah pokok  kerana tidak sanggup meneruskan permainan.

Kami meneruskan permainan walaupun hujan turun dengan lebat, sebab kami berada tiga lubang terakhir, iaitu pada hole 16, 17 dan 18.

Akhirnya mereka memutuskan perlawanan hanya mengambilkira 9 lubang terbaik sahaja. Oleh kerana permainan adalah berpasangan, maka juara pada masa itu ialah pasang Razak dan Abd Manaf, naib juara Abd Kasap dan Asnawi, dan tempat ketiga Andaman dengan Abdullah.

Tahniah kepada pemenang, dan ingat pertarungan akan berterusan pada tournament akan datang.