Matlamat melahirkan lebih ramai pemainnya, semakin jauh ke belakang yang kekal hanyalah pemain veteran yang masih berbisa. Persoalannya IPG sudah lama tiada jelajah tournement seperti mana sebelum ini.
Hanya beberapa kumpulan sahaja yang masih aktif turun ke padang untuk beraksi sama ada mengikuti sebarang anjuran kejohanan atau kerana melayan rakan-rakan dahulu yang sudah lama tidak bertemu atau teman-teman sepejabat dari Semenanjung yang datang ke Sabah atas urusan rasmi.
Marilah kita kembalikan kegemilangan itu yang mana mengikat kita sebagai satu warga satu bangsa satu keluarga walau berbeda wadah.
Ayuh teman-teman kita teruskan aktiviti kita sebagai pemain golf yang boleh mewujudkan pelbagai interaksi antara kita serta rakan-rakan dari pelbagai bangsa.